Latar belakang Eduskunta

Badan ini menggantikan Diet Finland (Bahasa Sweden: lantdagen; Bahasa Finland: maapäivät / valtiopäivä) dan sebelum itu Riksdag Darjat-Darjat (Riksens ständer) pada tahun 1809. Ia ditubuhkan selepas suatu Akta Parlimen tahun 1906 ketika Kerajaan Besar Finland memerintah sendiri di bawah naungan Tsar Empayar Rusia sebagai seorang Knyaz (Bahasa Rusia: князь, setaraf duke). Hak mengundi sejagat mula-mula diamalkan di negara ini buat pertama kalinya di dunia. Pilihan raya umum pertama untuk badan ini diadakan pada tahun 1907.

Parlimen pada awal penubuhannya berada dalam keadaan sangat genting kerana campur tangan Nikolai II serta suatu kelompok dalam Tentera Darat Imperial Rusia pimpinan baginda - badan tersebut dibubarkan serta plihan raya umum baru diadakan setiap tahun. Parliament ini mula mendapat kuasa sebenar ia berikutan Revolution Februari 1917 yang menggulingkan pemerintahan Tsar,[4] serta kemerdekaan Finland pada tahun sama.